Rama (Raja Thailand)


Raja-raja dari Dinasti Chakri di Thailand sering dirujuk dengan nama Rama (Tulisan Jawi: راما), diikuti dengan ordinal Roman dalam terjemahan Inggeris. Nama Rama diadaptasi dari nama dewa Rama dari agama Hindu yang merupakan penjelmaan semula Vishnu.

Penggunaan nama "Rama ke-n" dalam bahasa Inggeris adalah sama dengan praktik Thai yang memberikan nombor kepada Raja dari dinasti semasa. Bagaimanapun, terjemahannya kadang-kadang tidak tepat dan boleh memberi kekeliruan samada ini merupakan nama yang diambil oleh Raja itu ketika pertabalan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy